
![]() |
Mr. Right
Jumaat, 23 Disember 2011 | 12:25 PG | 0 candie blossom
Kring.........kring....... “ngah oh ngah...matikanlah handset kau.Memekak je,bangunnya tak jugak.Aku banting bersepai baru kau tahu !” jerit Karissa sambil menolak-nolak mukaku. Aduh,rasa macam ada chewgum terlekat dekat mata je,tak boleh celik langsung ni. ‘Hmmh..sat-sat ’ terpisat-pisat Kaisara membuka matanya sebesar mungkin lalu memicit handphone nokia buruknya untuk mematikan alarm yang sudah julung kalinya berbunyi untuk kali ke-5.Buat cair taik telinga sahaja kalau si Kaisara ni set alarm.Takdenya dia bangun awal. Telefon bimbit Kaisara berdering lagi,namun dia tetap meneruskan tidurnya. “Hua`arghh!!! aduh lena betul aku tidur!’akhirnya bangun jugak puteri beradu ni dari tidur yang berpanjangan.Kaisara mencapai bingkai matanya untuk melihat jarum jam di dinding. “Mampus! 9.00 pagi kuliah dah start.Aku belum iron baju pulak.Gawat ni!!’Qalessya terkejut lalu mencapai tuala terkocoh-kocoh masuk ke tandas.Time macam ni mandi gaya P.Ramlee aje sempat.Memang Terbaik la! Kaisara mencapai sekeping roti disapu dengan jem strawberi sebelum bergerak ke dewan kuliah.Pelik sungguh hari ni,kenapa orang pandang aku semacam je.Baju aku buruk sangat ke? vogue sangat ke aku ni? Zack mencuit bahuku lalu bertanya “Hoi, kawan tak puasa ke?’ “ Puasa ke bendenya ,Zack.Kau tak nampak ke aku tengah makan ni,hah? Lagipun esok baru start puasa.Reliks la, bro!’ jawab Kaisara. Zack tidak terus menjawab pertanyaan Kaisara sebaliknya memegang dahi Kaisara, biasalah bakal doktor kenalah belagak sikit.he..he..he.. “Kau ni dah tak sihat agaknya? Hari ni kan first Ramadhan kau lupa ke? kalau ye pun cuti,tok sah la mu gi makan dopan orang,hey kamu ni wat malu kaum sajela’ Zack ketawa. “Mu kecek bior benor,Zack.Tak sapa habaq mai kat aku!’jawab Kaisara tulus.Camne aku lupa hari ni puasa ye?aduh,bikin malu sajala. “Betula!apa yang salahnya.Kau tu je yang makan waktu bulan ramadhan depan orang! ’ jawab Zack. Kaisara terus memberhentikan pemakanannya dan buang ke dalam tong sampah. “Patutlah tadi malam budak-budak ni sibuk keluar carik makan.Tulah siapa suruh melantak membuta tadi malam? Kan dah padan dengan muka kau! Deserve it!’ Kaisara mengumam dalam hati. `HARI ini saya ingat nak buat test untuk awak semua.Sila ambil sorang satu ye!’ Prof. Harun memberi kertas soalan.Kaisara yang baru sahaja masuk ke dalam dewan kuliah sungguh terkejut dengan test yang dibuat. `Hah, awak Betty apasal lambat orang lain dah habis belajar baru nak masuk.Mana assigment, meh sini hantar dulu baru jawab test ni’ Prof Harun menegur.Kaisara takut-takut menghampiri Prof. nya yang sememangnya dikenali sebagai bujang terlajak yang miang.Dia membetulkan cermin matanya sebelum mengambil langkah seterusnya tanpa disedari ada seorang pelajar lelaki cina yang nakal menumpahkan air botolnya lalu Kaisara tersungkur kehadapan memeluk Prof Harun. Semua orang di dewan kuliah itu ketawa terbahak dengan adegan itu.Macam filem hindustan la.Kaisara bangun dan mencapai bingkai matanya lalu mengambil tempat duduk di belakang sekali.Dia cuba menumpukan perhatian kepada soalannya namun hampa. Peratusan otaknya untuk menjawab adalah ditahap sifar. Dia seolah-olah teringat-ingat kepada kejadian tadi. Malunya tidak terkata. Dalam masa sehari dia telah mendapat dua malang petaka. Arghh,teruknya aku ni! Superman , Ultraman ,Powerangers tolonglah aku. “ Ni kenapa tidur ni? Jawab! Jawab!’ Prof Harun mengetuk –ngetuk meja Kaisara. Macam mana aku boleh tertidur ni. Tak perasan langsung. Kaisara terus menjawab soalan dengan secepat mungkin masa tinggal 30 minit sahaja lagi. ‘Harap sempatlah aku jawabnya. I`m dead!’gumam Kaisara. ZARFAN merenung tanah pekuburan itu masih merah lagi sambil menangis teresak- esak bagai bayi yang baru lahir. Zafran tidak menerima kenyataan yang kakaknya sudah meninggalkannya. Kini tinggal dia dan Lisa sahaja.Siapa nak tanggung Lisa nanti? Apa patut aku berhentikan pengajianku. Rasanya tidak ada siapa lagi yang boleh tolong aku ni? Tak mungkin aku pinjam Ah Long. Kalau akak tak ada jagakan Alisa ye? Zaf sorang je yang akak boleh harapkan.Lagi pula Lisa dah tak ada ayah.Kalau Zaf, tak cukup duit Zaf nak tanggung Lisa guna duit simpanan akak ni.Walaupun tak seberapa tapi masih cukupla untuk hidup Zaf dengan Lisa ’ kata-kata arwah Zafrina sebelum pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Zafran mengengam tanah perkuburan akaknya yang masih merah sambil berjanji pada dirinya yang ini akan menjadi hari terakhir dia menangis dan akan meneruskan perjuangannya untuk buah hati pengerang jantungnya Yasmin Alisa.Itu janjinya ! “Pak cik akan buat yang terbaik ya,sayang ’ gumam Zafran.Zafran terus menggulung tikar mengkuangnya dan mendukung Alisa yang sudah tertidur di pangkuannya.Sebaik sahaja tiba di rumah Zafran terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri kerana orang tua-tua pernah berpesan padanya sekiranya pulang daripada kematian hendaklah kita mandi terlebih dahulu takut pulak ada benda yang mengikut.Lagi-lagi kalau ada bayi di dalam rumah. Setelah difikir-fikirkan lebih baik dia menerima tawaran oleh sebuah universiti tempatan yang akan menajanya melanjutkan pelajaran ke luar negara . Tambahan pula selesai sahaja dia menamatkan pengajiannya,dia akan menjadi pensyarah di universiti tersebut.Dia yakin dia mampu untuk menjaga Yasmin Alisa di negara kangguru itu.Lagipun dia mampu lagi untuk membiayai tambang Alisa,si kenit tembabnya itu. Sekurang-kurangnya Alisa berada di depan mata. Kalau tidak dia pasti risau sekiranya apa-apa terjadi pada Lisa, dialah yang akan menyesal. Itulah tekadnya. “ Mak ,akak tenanglah dekat sana.Zaf,akan sentiasa doakan kan kalian” doa Zafran Fikhail. KAISARA,bangun cepat gosokan baju aku!’ jerit Helina. “Baik,tunggu sekejap’ patuh Kaisara lantas tangannya mencapai baju yang dicampakan kakak tirinya lalu digosoknya.Helina yang dari tadi duduk merapikan muka menoleh ke arah Kaisara sambil tersenyum sinis. Usai sahaja menggosok Qalesya terus ke dapur untuk masak makan tengahari, kalau tidak masaklah dia pulak dengar leteran ibunya.Apalah nasib!Kaisara membuka peti ais dua tingkat untuk mengambil sayur dan ikan ,namun lain pula jadinya.Bau busuk makanan yang sudah berkulat dan air susu yang tertumpah sana-sini. “ Euuh,,pelik betula dengan orang kat rumah ni.Nak kata ada budak kecik tak adala pulak! Apa selama ni diorang tak makan kat rumah pe masa aku kat U.Weird betula!’gumam Kaisara. “Kalau macam ni la gamaknya,keluar jugak la aku ke pasar hari ni.”Kaisara mencapai beg duitnya lantas keluar menaiki scotter kesayangannya ke pasar. Label: mr right 0 comment(s) bunga hati saya | NEWER POST |