
![]() |
Mr. Right
Ahad, 25 Disember 2011 | 12:19 PG | 0 candie blossom
PART 2 [ Love lost,Heart broken….But life must go on!^^] HAI pelik betulah! Waktu kerja macam ni pun ramai juga orang pergi Carefour ni.Kalau dulu-dulu waktu camni la lengang.Baru best sikit nak pergi bershopping.Okey, apa lagi yang belum aku beli ea?” tanya aku sambil melihat kertas list yang aku buat sebelum menyambung membeli barang.Macam ada kurang?Pe ea?Susu! Nasib baik susu pekat F&N masih ada lagi satu!Baru aku nak capai ada satu tangan lain pula capai susu yang sememangnya tinggal satu! “Maaf ye, encik..tapi saya yang pegang dulu..”mintaku. “Sorry,first come, first serve!”cakapnya tanpa menoleh lalu meneruskan perjalananya bersama bayi comel. Bapak orang rupanya.Ingatkan single lagi baru nak ngurat! “tapi encik!” “no excuse!”cakapnya sambil menaikkan jari telunjuknya.Melepas aku susu yang terakhir, bukan encik tadi yang tak berperasaan.Tak mengapalah,cari kat kedai biasa jela. ABAH!Abah”laungku pada abahku yang jaraknya 50 meter kehadapan. “Huh, penat kejar abah! Laju betul abah jalan. Ni mama rina telifon suruh kasi abah pasport dia.Tadi dia tertinggal dekat atas meja” serah aku kepada abah. “Oh,nasib baik anak abah hantar cepat.Flight ke HongKong lagi 30 minit nak berlepas.Mama Rina kamu pulak sibuk nak ke tandas.” Ujar abah. “Oh,kalau macam tu Sara nak balik dulula abah” pamit Kaisara. Encik Fuad yang nampak wajah keruh Kaisara mengusap-usap bahu anak itu. “ maafkan abah ye nak? Lain kali abah ajak Sara pergi sekali” lirih Encik Fuad.Dia sendiri tidak tahu kenapa, apabila bercakap dengan isterinya seakan-akan mulutnya terkunci.Dia hanya akan menurut sahaja apa yang isterinya katakan.Percutian ini pun isterinya yang merancang. Kasihan Kaisara kena tinggal kat rumah.Nasib baiklah anaknya itu sudah besar dan tinggal dengan kakak angkatnya yang dipanggil along selama mereka bercuti.Anaknya yang ni sahajalah yang mampu membanggakannya.Tidak seperti Helina dan Haziq yang hanya tahu minta duit sahaja.Kerja malas! Sekolah malas! Entah apalah nak jadi kat mereka kalau ibubapa mereka dah tiada. ANGAH malam ni kau masak apa?Laparlah…”rengek Karissa yang merupakan kakak angkatnya.Kaisara yang sedang khusyuk menonton cerita Boys Over Flower tidak menyahut langsung pun pertanyaan Karissa.Mana taknya kalau dah dia tengok muka Lee Min Ho yang handsome tak adanya dia toleh kiri kanan. Karissa yang geram menepuk paha Kaisara dengan bantal. “Apa ni long? Min Ho aku tu!!” jawab Kaisara sambil menggosok pahanya yang gebu. “Aku laparlah.Yok la pergi makan!” “Alah apa susah call jela Pizza Hut!” “Masalahnya semalam aku baru makan piza.Hari ni makan Mcd nak.Aku drive la.Yok la? Kau salin baju ea,,Aku tunggu kau kat kereta.5 minutes!” ujar Karissa sambil menekan punat stop pada pemain dvd itu. “Apa ni long! Baru nak tangkap leleh dengan Min Ho tersayang.Kacau daun sahaja kau ni!” runggut Kaisara tetapi menurut perintah alongnya. “Macam ni lah! Adik along!hheheheh”ketawa Karissa. Mcd dengan rumahnya memang tak jauh mana pun.Ala,sebenarnya jalan kaki pun sampai.Tapi nak buat macam mana sikap malas lebih menguasai diri.Heheheh…takpe lah kalau orang nak belanja ikut sahaja cakapnya.Kalau disuruh naik beca pun tarrapapa! “Ngah kau nak makan apa?” tanya Karissa. “Bagi macam biasa la!’jawabku.Orang nak belanja tak kan lah aku nak mintak yang mahal-mahal. Still student la. “Okey,encik bagi saya set ni dua.Tambah fries large 2 ye!” ujar Karissa kepada pekerja Mcd itu.Sementara mata aku pula melilau-lilau mencari tempat kosong.Cantik !kat hujung sana ada, dapatlah aku sorok sikit.Yela,kalau perempuan makan tak senonoh,jatuh saham beb! Selesai membayar aku mengajak along membawa dulang ke meja hujung sana.Kali ni aku berjalan laju sikit dari biasa takut kejadian 3 hari lepas berlaku lagi.Memalukan sahaja. “Hei,Sara jalan slow sikit boleh tak?Awat hang jalan laju ni?” tanya Karissa. “Oh,ala aku takut port favourite kita kena ambil orang.Tu yang aku jalan …’belum sempat Kaisara menghabiskan kata-katanya kakinya tersadung kerusi.Habis baju seorang pekerja Mcd yang tengah membersihkan meja disitu.Fuhh,mandi air coke la dia! Kaisara bagai tergamam apabila melihat wajah pekerja itu!Bukan dia mamat susu hari tu ke? Aduhai!jumpa lagi.Karissa yang melihat adik angkatnya tergamam melihat pekerja itu, menyiku lengan Kaisara. “Encik maafkan saya.Saya tak sengaja!” itu jela yang mampu diungkapnya tika ini. Pemuda itu hanya tengok aku dengan perasaan tidak puas hati. “Its okey! Saya dah biasa kena!” jawabnya sebelum berlalu. “SARA oh Sara!Kau ni dari tadi aku membebel kau boleh berangan pulak!” ujar Karissa bernada tinggi. “Hah! Along cakap apa tadi?!” tersentak Kaisara dari lamunannya. “Kau berangan mamat yang kerja mcd tu ea?Siapa ea namanya?...”Karissa cuba mengingati name tag lelaki tersebut. “Zafran” jawab Kaisara perlahan. “Fuyoo,sedap seyh nama dia!Handsome pula tu! Cuba kau bayangkan kalau belakang nama anak kau Zafran.Sedap!” “Toksah mu nak berangan la! Dia dah ada anaklah.” Karissa pula terkejut mendengarnya. “Anak??!!” “yela.Anak.Kenapa?tak percaya ke?”ujar Kaisara. “Mudanya…melepas aku..Ingat tadi baru nak mintak number! Laki orang rupanya!” “Itula gunanya pepatah don’t’ judge the book by its cover!”balas Kaisara. ASSALAMUALAIKUM ! Mak Nah anak saya hari ni macam mana? Demam dia dah kebah?” tanya Zafran kepada Mak Cik Senah. “Lisa dah baik sikit dah.Panas pon dah kurang” ujar Mak Cik Senah sambil menyerahkan bayi yangbaru tidur itu kepada Zafran.Anak muda itu sungguh kuat bekerja demi anak saudaranya.Untunglah kalau ada perempuan yang dapat lelaki ini. “Risau saya!Kalaulah apa-apa jadi kat dia ni..’ujar Zafran sambil mencium ubun-ubun anak saudaranya. “Zaf,selagi mak nah ada kamu tak payahlah risau.Mak nah boleh jaga dia.Ni kamu pulang dah lewat,dah makan belum?” tanya Mak Cik Senah. “Oh tadi Zaf dah makan” namun tiba-tiba perut Zafran berkeroncong.Aduss,malu! “Zaf,tak payahlah kamu nak tipu mak cik.Marilah makan!mak cik masak lebih hari ini” pelawa Mak Cik Senah. Zafran hanya mengeleng sahaja. “ tak pelah mak cik.Saya ada beli makanan tadi sebelum balik” tolak Zafran.Baginya Mak Cik Senah sudah terlalu baik terhadap dirinya.Upah jaga Lisa pun dia tidak mahu ambil kalau dia tak paksa.Ini pula nak makan free.Hish , tebal muka. Zafran menghulur beberapa keping not RM 50 kepada Mak Cik Senah sebelum pulang.Seperi biasa Mak Cik Senah menolak pemberiannya. “Zaf,tak payah lah kasik duit ni kat mak cik.Ambil duit ni balik buat beli susu lampin Lisa lagi bagus!”tolak Mak Cik Senah.Baginya Zafran sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Masa dia sakit Zafranlah yang menghantarnya ke hospital dan yang selalu melawatnya.Anaknya sendiri tidak pernah buat seperti itu. “Eh,mana boleh mak cik.Ini duit mak cik.Saya ada duit lagi untuk beli susu lampin Lisa.”ujarnya sambil tersenyum.Nak tak nak Mak Cik Senah terpaksa ambil duit itu.Kalau tidak Zafran tidak akan kasi dia menjaga Lisa lagi. by: Zara Atifa Label: mr right 0 comment(s) bunga hati saya OLDER POST |